PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre
PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre
Bulan 11 2016 yg lepas sy bersama keluarga dan keluarga kawan2 kerja mak holiday 2 hari 1 malam di primaland..Resort ini terletak sebelum teluk kemang...Resort ni sesuai bersama keluarga, santai bersama sahabat, berbulan madu dan lain2..Setiap apartment ada ruang masak,meja makan,ruang tv dan luas..(bergantung pd pakej bilik yg anda pilih).. selain tu ada ruang untuk aktiviti korporat, acara tahunan, mesyuarat, konvo dan berbagai lagi.
Bagi yang bawak kenderaan sendiri..xperlu risau sbb boleh parking bwh apartment..free je..yang best kat sini...ada kolam buatan manusia yg besar dan ada 4 bahagian..
2 Bahagian kanak-kanak (1 biasa-biasa ,1 lg siap dengan tempat mainan...
1 Bahagian kanak-kanak (air pancut)
1 Bahagian dewasa (kolam dalam 1.5meter)
1 Bhagian yang luas dan xberapa dalam..sesuai utk family dan ada papan gelongsor setinggi 2 tingkat..
●Penginapan termasuk tiket waterpark.
●Studio Standard:RM280.00/Family Junior:RM380.00/2 Bedroom Family Suite:RM480.00
●Dewasa:RM35.00 seorang(12 thn ketas)
●Kanak2:RM25.00 seorang(3 ke 11 tahun)
☆Knk2 umur bawah 3 tahun-"PERCUMA)
0 Comments