Tempat Menarik Di Melaka

By byzeeamy.blogspot.com - April 28, 2017











JOM KITA TENGOK TEMPAT MENARIK DI MELAKA YANG BOLEH DILAWATI :


Senarai Tempat Menarik Di Melaka 2021 yang wajib anda pergi!!

Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri MelakaMalaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008.Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah).


Jadi tentu sahaja byk tempat menari di Melaka..antaranya :


New Update : 09/06/2021











1. FREEPORT A FOMOSA OUTLET VILLAGE

Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah.
Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Alamat:
Freeport A’Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Masa Operasi:
Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm
















2. THE PIRATE ADVENTURE MELAKA

Bersediakah anda untuk menjadi Lanun? Anda akan merasakan bagaimana pengembaraan seorang lanun yang sebenar di The Pirate Adventure. The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

Alamat:
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
Masa Operasi:
Hari Biasa: 10:00am – 07:00pm
Hari Hujung Minggu dan cuti umum: 10:00am – 09:30pm














3. THE SHORE SKY TOWER


The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.

Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Tiket : RM 25 seorang













4. MELAKA UPSIDE DOWN HOUSE

Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!
Lokasi :
Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, Banda Hilir,
75000 Melaka
Masa Operasi:
Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm












5. STREET ART 


Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise. River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka. Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.












6.KOTA A FAMOSA

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia..

Masuk adalah percuma..














7. DATARAN 1 MALAYSIA

Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika anda bercuti di Melaka. Dataran 1 Malaysia ini terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah.

Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja di bina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ia nya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.
Anda boleh bersantai dan bermain bersama keluarga dan sahabat anda di Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia sambil menikmati permandangan pantai dan laut Selat Melaka.
Anda dan keluarga serta sahabat boleh merasai pengalaman menunggang kereta kuda dengan menaikinya pusing keliling kawasan Pantai dan Dataran 1 Malaysia.














(gerai tepi jalan untuk bungkus saja)






kedai 2 (hanya belakang kedai 1 untuk bungkus)

8. COCONUT SHAKE ORIGINAL KLEBANG

Coconut shake Klebang ini adalah antara tempat menarik di Melaka yang anda semua wajib pergi. Selain dari coconut shake, kedai ini juga mengediakan pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, kuih muih dan lain-lain. Ianya amat sesuai untuk seisi keluarga anda.


Untuk bungkus saja..anda boleh pergi kedai dihadap (tepi jalan) jika ingin minum dan makan..anda boleh pergi ke kedai ke 2 mereka (hanya belakang kedai untuk bungkus je,1 lorong)


Alamat:

Klebang Original Coconut Shake,
231-1, Batu 3 3/4
Klebang, 75250, Melaka
Masa Operasi:
Tiap Hari: 10:00am – 06:30pm

















9. BUS KLEBANG MELAKA
Antara tarikan menarik di Dataran 1 Malaysia adalah  Deretan bas-bas lama yang diubah suai menjadi tempat makan & bersantai yang disusun kemas di Dataran 1 Malaysia.
Pelbagai gerai makan dan minum yang ada..yang menariknya, anda boleh makan didalam bus atau di luar sambil nikmati angin laut yang hanya di hadapan gerai saja..


Alamat:
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka













10. MUZIUM KAPAL SELAM

Tempat menarik di Melaka yang terbaru adalah Muzium Kapal Selam. Ia nya adalah kapal selam yang sebenar.
Kapal selam ini diberi nama “SMD Ouessant Agosta 70”. Ia nya dari Perancis, yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew yang pertama kapal selam negara ini.
Anda boleh kunjung dan belajar mengenai sejarah kapal selam di Malaysia, keadaan dalam kapal selam dan cara bagaimana mana ia beoperasi di Muzium Kapal Selam ini..

Selain kapal selam, situ juga terdapat 2 buah jet TUDM..Ia terletak tidak jauh dari pantaai dataaran 1 malaysia (yg deretan kedai makan dalam bas)

Jika anda dan keluarga ingin menambah pengalaman bagaimana suasana menginap di dalam kapal selam ini, pihak muzium Melaka juga ada menyediakan pakej bermalam di Dalam Kapal Selam.
Jumlah minima peserta ialah 25 orang dan harga ialah RM 150 seorang. Anda boleh membuat tempahan dengan menelefon pegawai PERZIM di talian 06-281 4226

Alamat:
Muzium Kapal Selam,
Dataran 1 Malaysia,
Klebang, 75200, Melaka

Masa Operasi:
Hari Biasa: 09:00am – 05:30pm
Hari Hujung Minggu: 09:00am – 06:30pm

Harga Tiket :
Dewasa: RM 5.00
Kanak-Kanak (Bwh 12thn) : RM 2.00
Kanak-Kanak (Bwh 6thn) : PERCUMA


Kemudahan :
Tandas
Surau
Tempat Berehat
Kedai
Parking Percuma



















11. THE SHORE TOY MUSEUM


The Shore Sky Tower atau The Shore Gallery, iaitu pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan Sungai Melaka.
Terdapat sebuah muzium yang memaparkan lebih 10,000 koleksi permainan yang ‘limited edition’! Bagi sesiapa yang berminat dengan animasi dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan hero anda. Antara yang menarik termasuklah replika Storm Trooper, Iron Man, dan Tumbler Batmobile yang berskala manusia.
Alamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya
75200 Melaka
Tel: 06-282 3733
Waktu Operasi:
10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.
Harga tiket
Dewasa RM30, Kanak-kanak RM20

Terms and Conditions
  1. Only valid for single entry visit at The Shore Toy Museum for a single guest.
  2. Damaged tickets are not valid.
  3. The Shore Toy Museum is a non-smoking premise.
  4. No food and drinks allowed.
  5. Pets are not allowed in The Shore Toy Museum.
  6. Tickets passes sold are non-transferable, non-refundable and valid only on the date stated.
  7. The management is not responsible for any accidents or injury to the guests and damage or loss of belongings.
  8. Price of ticket is subject to government taxes (GST).














12. THE SHORE OCEANARIUM


Di The Shore Oceanarium, memang seronok membawa anak-anak kecil untuk melihat dan belajar tentang haiwan, terutamanya haiwan laut. Uniknya, terdapat juga pengalaman untuk anda melawati tempat-tempat tertentu menggunakan kaca mata 3D.
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.
Harga Tiket
Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25, Warga Emas RM25
Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia
Tel: 06-2829966





13. MAMEE JONKER HOUSE


The Mamee Jonker House sebagai ‘concept store’ pertama oleh Mamee Group. Ia terletak di Jonker Street..
Terdapat 4 tarikan di dalam Mamee Jonker House, iaitu
Mamee Cafe: Di sini terdapat pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh Chef-chef handal menggunakan Mamee Chef tarik Noodle Cakes sebagai bahan asas. Rugi tak cuba!
Mamee Merchandise: Di sini terdapat penjualan merchandise yang ekslusif dan semestinya unik, tak jumpa di tempat lain!
Noodle Doodle: Di sini anda boleh menunjukkan kreativiti dengan membuat rekaan pada Mamee Chef Noodle Cup. Lepas dah siap lukis, boleh bawa balik sebagai souvenir.

Waktu Operasi:
10 pagi hingga 5 petang – Isnin hingga Khamis
10 pagi hingga 7 malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad
Ditutup pada hari Selasa kecuali cuti umum.
Alamat: No 46 & 48 Jalan Hang Jebat (Jonker Street)
Tel: 60 6-286 7666
FacebookMamee Jonker House







14. TIME MACHINE GALLERY


Time Machine Gallery menempatkan pameran mural 3D Trick Art yang menarik termasuklah beberapa lagi tarikan seperti Rumah Terbalik (Upside Down House), dan Green Screen.Selain itu, anda boleh memakai pelbagai jenis kostum percuma dan props hiasa agar dapat menjiwai lagi pengalaman 3D tersebut.
Harga Tiket: Dewasa Rm 15, Kanak-kanak Rm 10
Waktu Operasi:
9 pagi hingga 9 malam – Sabtu Dan Ahad
10 pagi hingga 6 petang – Isnin hingga Jumaat
Alamat: 54, Jalan Hang Jebat
Tel: 06-283 6322











15. CAT WALK STUDIO

Anda peminat kucing? Di sini, mereka berpeluang untuk bermain dengan pelbagai baka kucing yang comel dan mesra pelanggan.Cat Walk berkonsepkan cafe sambil bermain dengan kucing..Jangan risau kerana cat walk studio suasana yang kondusif dan bersih
Selain itu cat Walk Studio juga menawarkan perkhidmatan produk-produk penjagaan kucing, grooming, dan hotel untuk kucing.
Alamat:No. 7 & 7-1, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450 (*sebaris dengan Ikan Bakar Malim MITC)
Waktu operasi:
11 pagi hingga 9 malam – Setiap hari, kecuali Khamis
Tel: 017-6357242 / 013-6834564









16. BAYOU LAGOON


Dalam Bayou Lagoon ini terdapat taman tema air, service apartment (hotel), dan Magic Art Museum. Boleh masuk asing-asing tanpa perlu menempah hotel tersebut..Bayou Lagoon adalah yang terbaru yang dibuka pada 2014.
Taman tema air ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil, kerana gelungsurnya agak terhad dan tidaklah begitu mencabar seperti di A’Famosa atau Melaka Wonderland. Tapi, ciri menjadikan ibu bapa lebih mudah memantau anak-anak yang masih kecil.
Alamat: G13, G15 G16, Bayou Square, Jln Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka.
Tel: 0 6-231 1604
Harga Tiket:
Dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 16, Warga Emas RM 11
Waktu Operasi:
10 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat
8 pagi hingga 7 malam, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum








17. ILLUSION 3D ART MUSEUM


Illusion 3D Art Museum yang terletak di Dataran Pahlawan. salah satu ciri yang istimewa adalah Augmented Reality Video yang menjadikan anda seolah-olah berada dalam dunia maya. Malah, pengunjung seolah-olah boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan tersebut. Lihat video di bawah, unik bukan?
Tel: 06-221 3002











18. SKYTREX


Bagi yang meminati sukan ‘outdoor’ ini berita baik untuk anda! Skytrex telah melebarkan cawangannya di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Sebelum ini mereka telah mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.
Di Skytrex, anda boleh merasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan siri halangan udara yang digantung pada ketinggian 3-22 meter di udara!
Di samping menghirup udara segar dan merasai suasana alam, boleh juga mengeluarkan peluh. Kalau nak tahu gayat atau tak, kenalah cuba sendiri. Tinggi minimum untuk menyertai aktiviti ini adalah 120cm. Jadi, boleh bawa anak-anak berusia sekitar 8-9 tahun yang menepati syaratnya.
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 3 petang setiap hari
Harga Tiket:
Little Dino RM50 (Beginner), Pahlawan Thrill RM 60 (Intermediate), Extreme Warrior RM 70 (Advanced) 









Selamat Bercuti!! 



  • Share:

You Might Also Like

0 Comments