Kuih Keria Antarabangsa Hjh.Rahmah

By byzeeamy.blogspot.com - December 22, 2017








Kalau anda datang melaka..tak sah kalau tak pergi cari kuih keria....kalau datang melaka bandaraya bersejarah ni..meh lah cuba Kuih Keria Antarabangsa Hjh.Rahmah yang terletak di jalan klebang melaka..semakin dicari-cari oleh pelancong...kuih keria diperbuat dari tepung dan keledek disalut dgn gula melaka...memang sedap...kat melaka berlambak orang jual tapi berbeza dengan 1 kedai ni...kuih kerianya sangatlah terkenal & ada yang dari jauh sanggup datang melaka..saya salah seorang pelanggan dia sejak kedai lamanya.. bila lunch mesti datang sini dengan kawan..selain keria kedai ni ada jual laksa limbongan..sangat sedap,kuah pekat dan terasa ikannya....kedai asalnya di Di Limbongan, Melaka..Berhadapan Hotel Farmosa Garden.(sekarang dh nama hotel lain dh.xpasti namanya) sekarang kedai lamanya sudah diambik alih dijadikan villa..lepas tu mereka pindah ke 5466 C, Jln Klebang Kechil, 75200 Melaka, Malaysia...

lepas kene viral...kedai tu meriah dengan pengunjung..kalau korang nak beli..saya cadangankan sediakan payung,cekalkan hati untuk beratur panjang...huhu...selalunya sabtu ahad or cuti memang full house..so yang tak suka sesak-sesak dan tak suka tunggu lama..sila datang time orang berkerja..insyallah senang dapat...hehe...

istimewanya kuih keria antarabangsa hjh rahmah, rasa kerianya lain dari lain...isinya penuh keledek (ada sesetengah kedai jual tepung lg byk dari keledek,sbb tu rsnya kureng) saiz pun comel je...kalau anda beli,anda rasa berbaloi beratur panjang dan menunggu lama sebab kuih hjh rahmah keluar dari kuali terus jual ke pada pelangan..panas..panas anda dapat...korang tengok2 lah pic saya belanja ni ya....







PANAS PANAS TAU








BERATUR JANGAN XBERATUR..HEHEE...



Disini saya sertakan Detail Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah
Mereka juga sedia terima tempahan..








5466 C, Jln Klebang Kechil, 75200 Melaka, Malaysia.
Melaka



Call 016-682 1054



JumaatTutup
Sabtu1:30–7:00PTG
Ahad1:30–7:00PTG
Isnin
(Krismas)
1:30–7:00PTG
Waktu mungkin berbeza
Selasa1:30–7:00PTG
Rabu1:30–7:00PTG
Khamis1:30–7:00PTG

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments