Pintu Hadapan Muzium
Assalamualaikum Semua..Sekian lama xupdate so hari ni saya nak update tempat tarikan terbaru di melaka iaitu Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka yang terletak berhampiran dengan pergi Hang Tuah di Duyung Melaka..Jika datang melaka,boleh lah datang ke sini..ia amat merugikan kalau dah datang melaka tapi tidak datang ke sini..keluasan tempat ini 40 hektar dan dikatakan kampung tersebut dipilih kerana ia dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.
Di sini Ada 1 Muzium Hang Tuah yang besar,gabungan unsur lama dan moden,reka bentuk seperti istana melayu zaman dulu..Ia lagi besar dari istana melaka di bandar hilir..
Pandangan Muzium Dari Sisi
Tugu Pahlawan Melaka
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi,Hang Lekiu
Selain dari muzium hang tuah terdapat juga Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, rumah tradisional Melayu, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan..
Tempat ini sering di gunakan untuk Majlis Perkahwinan (padang bersebelahan muzium hang tuah)
Bayaran Untuk Muzium Hang Tuah
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2
Waktu Lawatan
Dibuka Setiap Hari
9.00Am - 5.00Pm
Map Ke Perkampungan Hang Tuah
0 Comments