Dinosaur Encounter Tarikan Terbaru Melaka
25 Disember 2020 yang lalu zoo melaka umumkan perasmian dinosaur enconter..Ia adalah tarikan terbaru dimelaka..Zoo Melaka terletak di ayer keroh yang tidak jauh dari tol melaka dan berhadapan Taman buaya...Dinosaur Enconter zoo melaka ini adalah terbesar di Asia dan mempunyai 100 species dinosaur dengan keluasan 4 heakar dan replika dibuat mengikut asal sebenar dinosaur tersebut..yang lebih seronoknya ada beberapa dinosaur boleh bergerak dan kawasan tersebut bergema dengan sound dinosaur,ia seolah-olah kita berada di dunia dinosaur..
Bagi ingin pergi..Disini saya sertakan harga dan masa Zoo Melaka
bagi saya harganya berbaloi..Memandangan saya orang melaka so ada diskaun sikit..huhu...sangat-sangat sesuai bawa anak-anak sambil kenalkan kepada mereka haiwan-haiwan yang ada..Selain dinosaur Encounter korang boleh jalan-jalan seluruh zoo melaka,tengok haiwan-haiwan yang ada,boleh bagi haiwan makan dan ada pertunjukkan burung..zoo melaka besar dan luas so kalau korang taknak penat boleh naik tram yang disediakan di kawasan pintu masuk dalam zoo..
selain itu dinousaur enconter dan safari night buka untuk waktu malam..bagi sesiapa ingin merasai suasana malam,bolehlah datang waktu malam,bagi dinousaur enconter hanya buka waktu malam dari 1st jan hingga 18th jan 2021 dan waktunya 7.30pm - 11.00pm
INFO ZOO MELAKA DAN DINOSAUR ENCONTER
Foto By Zeeamy (owner) & Zoo Melaka
0 Comments