Resepi Korean Chicken II

By byzeeamy.blogspot.com - February 01, 2021









 Sebelum ni saya ada update korean chicken so kali ni saya nak kongsi resepi korean chicken II..ia sangat mudah disediakan ...lets start!!



BAHAN - BAHAN

1 1/2 Ayam @ bergantung berapa ketul ayam korang nak masak..
1 cawan serbuk tepung serbaguna
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung (untuk ranggup)
1 botol sos korean (cap adabi)
Daun bawang (potong ikut saiz korang nak)
Sedikit bijan untuk ditaburkan atas ayam

*korang boleh tambah chesse utk atas ayam




CARA-CARA

- Campur semua tepung hingga sebati dan bagi kepada 2 mangkuk (dan pastikan mangkuk 1st mestilah banyak sedikit tepungnya berbanding 2nd mangkuk.
- Gaul ayam bersama 1st mangkuk dan perap dalam 5 minit.. 
- Panaskan kuali.
- Selepas minyak dah panas..ambik satu persatu ayam yang diperap, digaulkan dengan tepung 2nd mangkuk yang diasingkan..lepas ayam dibalut tepung sepenuhnya..bolehlah masuk ke kuali.
- Selepas habis goreng ayam..masukkan dalam satu mangkuk dan tuangkan sos korean (ikut berapa pedas korang nak)
- Taburkan daun bawang dan bijian..Siap untuk dimakan
- Jika suka chesse..korang boleh letaknya atas ayam...makan panas-panas sangat sedap!!


*Saya asingkan tepung sebab nak kulit ayam rasa lagi ranggup bila makan..kalau korang malas nak buat 2 kali balut ayam dengan tepung, korang boleh campur semua tepung yang ada..

*Duduk-duduk sambil tengok drama oppa sambil tu makanlah ayam korean chicken..nak sedap boleh makan dengan kentang goreng dan ais sejuk sebab sos boleh tahan gak pedasnya..hehe...


inilah dia sos yang saya gunakan..sangat mudah dan murah je





SELAMAT MENCUBA GUYS!


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments