Festival Food Chinese Muslim

By byzeeamy.blogspot.com - July 01, 2026

 






Assalamualaikum..sekian lama saya tak update blogger..So tahun ni 2026 saya akan aktif semula dan akan update aktiviti & bawa korang jalan2 di melaka..Baru-baru ni melaka ada event makan-makan..melaka biasalah asik food fest je..Tapi kali ni menarik sebab event chinese muslim food..

-
-

Festival Food Chinese Muslim dianjurkan oleh AVATAR FEST EVENT Di Lotus Peringgit (Tesco) pada 04 Jun hingga 07 Jun 2026 dari pukul 11pagi - 11 malam.So event ni tak semua gerai chinese muslim..ada beberapa gerai orang kita..Makanan yang dijual semuanya makanan dari xinjiang & yunnan dimana kebanyakkan chinese muslim yang berketurunan Uyghurs (chinese muslim terbesar di china & tempat popular dikunjungi)


-
-
-

Lets go saya kongsi suasana event




Mee daging terkenal kat negara diaorang..yang buatkan mee dia sedap ialah mee tarik dia yang rasanya tak sama dengan mee kita..daging besar-besar dan sangat lembut...yang penting dalam ramuan masakkan cina ialah pes sambal..cina suka makan pedas & suka hot pot..memandangkan saya ni selalu tengok youtube masakkan diaorang..sy pun sanggup beratur panjang..
1 mangkuk dalam RM15 tapi isinya banyak termasuk dagingnya..


   


            
         

Makanan yang tak lari dari setiap hidangan chinese dari sarapan hingga ke makan malam..mestilah dumpling..dumpling dia lembut & isinya padat..dumpling tujuan utama saya datang ke sini..saya beli 1 bekas ada dalam 15 pcs RM 15 & roti pintal isi kacang merah 1pcs RM 8..selepas tu saya pergi ke kedai sebelah..dia jual xinjiang fried rice noodles..saya beli up kecik tapi penuh gila meenya dengan daging lebih 7-8 ketul..berbaloi 1 cup RM 13





Yang ni roti naan..makanan terkenal di xinjiang dan makanan utama mereka juga..kat negara mereka..kalau pergi night market mereka..sana sini jual roti naan..ada roti naan yang atasnya daging dan dibakar dalam tempayan mcm kedai mamak..tapi kat sini takde pulak..






Makanan yang nak sangat makan..kat melaka kedai Chinese muslim tak ada yang jual roti daging..dapat roti yang garing..pehh sedapnya dengan isi daging yang banyak..saya beli 2 keping je walaupun teringin nak makan..totalnya RM16..beratur panjang yang amat..akhirnya dapat juga cuma kena tunggu sekejap sebab tengah goreng..



  


selalunya tengok cerita cina diaorang makan sate..nampak sedap je..masa event ni ada gerai jual sate chinese..agak panjang juga beraturnya takpe gagahkan diri..tunggu punya tunggu akhirnya my turn..sy beli 5 cucuk sate & 1 sotong tp amoi comel tu extra 3 sate..5 pcs RM 10 + 1 pcs sotong RM 10 so total RM20 
(sebenarnya malam tu saya datang semula sebab nak beli sate..waktu siang terlalu ramai nak beli dan saya dah tak tahan panas dan berasak sebab ramai)






dekat hujung sana ada lagi kedai chinese muslim tapi saya tak pergi sebab dia jual benda yang sama dan laluannya sempit..kedai tu paling ramai yang beli..





inilah hasil beratur panjang serta berjemur semata - mata nak makan makanan chinese muslim yang hari-hari dok tengok kat youtube..walaupun agak keras belanjanya tapi berbaloi sebab dia isi banyak..






cerita belum habis lagi...saya datang balik waktu malam & dapat jumpa Lan Kristal..rupanya lan lagi rendah dari saya..hehe..keik je orangnya tapi not bad la...



 


sekian cerita dari saya..harap next event lagi ramai chinese muslim join..macam event sebelum ni dekat kuala lumpur..sana lagi meriah dan banyak kedai dan makanan orang xinjang..


Terima Kasih & Jumpa Lagi

Assalamualaikum








  • Share:

You Might Also Like

0 Comments