Deuk Kitchen
Smokehouse Cafe in Kampung Morten Melaka
picture by deuk kitchen
Sekarang ni musim orang jalan-jalan bercuti setelah terperap lama dekat rumah kan? mesti korang dah rancang nak pergi jalan bercuti..kalau mana nak bercuti di melaka..SELAMAT DATANG KE MELAKA :)
Suatu hari tu tekak tiba-tiba nak makan westerd food..So saya pergilah ke kampung morten (surga makanan) kat situ memang pames dengan nasi lemak kampung morten..makan sambil layan pandangan melaka,tengok bot-bot bawa pelancong sepanjang sg melaka dan korang boleh makan tepi sungai..tapi kalau korang nak datang better datang awal sebab hujung minggu sangat ramai dan parking sangat terhad...Ok sambung balik makanan westerd..saya dengan adik pergi kedai bernama DEUK KITCHEN KG MORTEN..terletak tak jauh dari nasi lemak istimewa kampung morten..
Kedai DEUK KITCHEN dari jauh nampak seperti rumah kampung macam yang lain-lain tapi sebenarnya ia adalah kedai makan..Makanan disitu sedap dan selesa untuk lepak dan sesuai untuk event,family dinner..DEUK KITCHEN ni berhadapan VILLA MERIAH KAMPUNG MORTEN
Kat sini korang kene order guna online (scan saja barcode diatas meja)..Menu yang ada Masak Lemak Daging Salai,Smoked Ribs,Mac And Cheese,Ceaser Salad,Lamb Burger dan lain-lain..harga pun berbaloi dan sedap
picture by deuk kitchen
Masa ni saya order Chicken Chop Gill,Ceaser Salad..Mengah jugalah nak habiskan..Besar betul pinggan dia..haha..
Menu dia ada untuk seorang atau untuk 3-4 orang dan ada juga untuk set..kalau datang dengan family bolehlah ambik yang jenis talam dan lagi jimat..korang just order by online dan tunggu makanan sampai..mudahkan dan korang takdelah tunggu lama untuk makan sampai..kat sini service tiptop kejap je makanan sampai..Kawasan makan dia pun selesa..korang kalau family ramai boleh makan dalam rumah..jika hanya beberapa orang,boleh makan bawah pokok mangga dan area tepi..
picture by deuk kitchen
Alamat
No 50 Jalan Tun Mamat 3
Kampung Morten 75300 Melaka
Malaysia
Tel
- 010-293 6160
Waktu Operasi
Mon - Sat : 4:00 PM - 12.00 AM
Sun : Closed
Map
Website
Bagi orang melaka yang malas nak keluar nak hadap jem dengan parking takdelah..dont worry DEUK KITCHEN ada buat DELIVERY untuk orang melaka..korang just call number diatas dan order di website diorang..untuk pre-order pun boleh
SO SELAMAT MENCUBA DAN JANGAN LUPA JAGA DIRI DAN IKUTLAH SOP YANG DITETAPKAN..
PADA ANTIVAKSIN KORANG TAK BOLEH MASUK KEDAI NI..SOOOOO AMBIK BAU JELA EA..
Sebelum ni saya ada update korean chicken so kali ni saya nak kongsi resepi korean chicken II..ia sangat mudah disediakan ...lets start!!
BAHAN - BAHAN
1 1/2 Ayam @ bergantung berapa ketul ayam korang nak masak..
1 cawan serbuk tepung serbaguna
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung (untuk ranggup)
1 botol sos korean (cap adabi)
Daun bawang (potong ikut saiz korang nak)
Sedikit bijan untuk ditaburkan atas ayam
*korang boleh tambah chesse utk atas ayam
CARA-CARA
- Campur semua tepung hingga sebati dan bagi kepada 2 mangkuk (dan pastikan mangkuk 1st mestilah banyak sedikit tepungnya berbanding 2nd mangkuk.
- Gaul ayam bersama 1st mangkuk dan perap dalam 5 minit..
- Panaskan kuali.
- Selepas minyak dah panas..ambik satu persatu ayam yang diperap, digaulkan dengan tepung 2nd mangkuk yang diasingkan..lepas ayam dibalut tepung sepenuhnya..bolehlah masuk ke kuali.
- Selepas habis goreng ayam..masukkan dalam satu mangkuk dan tuangkan sos korean (ikut berapa pedas korang nak)
- Taburkan daun bawang dan bijian..Siap untuk dimakan
- Jika suka chesse..korang boleh letaknya atas ayam...makan panas-panas sangat sedap!!
*Saya asingkan tepung sebab nak kulit ayam rasa lagi ranggup bila makan..kalau korang malas nak buat 2 kali balut ayam dengan tepung, korang boleh campur semua tepung yang ada..
*Duduk-duduk sambil tengok drama oppa sambil tu makanlah ayam korean chicken..nak sedap boleh makan dengan kentang goreng dan ais sejuk sebab sos boleh tahan gak pedasnya..hehe...
inilah dia sos yang saya gunakan..sangat mudah dan murah je
SELAMAT MENCUBA GUYS!

















