RESEPI DONAT LEMBUT DAN GEBU

By byzeeamy.blogspot.com - July 02, 2013

SELAMAT PETANG!!

Hari ini zee nak buat donat...Donat zee kali ni Lembut n Gebuu....Tapi kali ni zee buat dengan mak didapur..Zee xde acuan Donat So Kteorang Buat Pakai Tangan Je..huhuu.....Janji Jadi..Hidangan Dalam 20Biji...Donat Kali Ni Sedap...Jiran Pun Puji..Lembuutttt........






RESEPI DONAT LEMBUT DAN GEBU

Ini bahan-bahannya:

500gram tepung gandum,
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung ( apa2 pun boleh )
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan ( guna separuh sahaja pun boleh )
sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
Adunan doh yang siap diuli.
Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.Hasil seperti diatas.
5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.


Guna api kecil, goreng donut kena sabar sedikit. Kalau guna api besar kulit luar akan masak, isi donut masih mentah...korang boleh la tabor gula halus dikisar atau gula kasar...ikut selera masing2...nak celup dengan coklat pun sedappp.......lagi sedap dimakan semasa panas-panas..tak lupa gak the panas..

nyammmm........





Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments