Okonomiyaki Ringkas
Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar hiris ,
1 biji telur
150g kobis potong halus,
100g tepung gandum/tepung okonomiyaki
4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc)
segenggam udang kering putih/pink
150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis) (1/3 kiub ikan bilis yang dilarutkan dalam 150ml air suam)
Bahan taburan
nori halus (seaweed yang dikisar) dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)
sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..
Cara-cara:
satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..
bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.
picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..
selamat menjamu selera..
selamat mencuba...
0 Comments