Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.
6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Teringin nak makan makanan Thai..asik tgk kat tv je kn...So kali ni,Pertama kali melaka buat expo ni..Thai & Malay Food Expo di MITC 27 October hingga 2hb November ini. Program 7 hari sahaja..macam2 menu yg ada..Pelbagai makanan thai asli seperti somtum, tomyum, nasi khaomok, laksa thai, pulut pauh dan banyak lagi ...selain thai, makanan kita pun ada juga..seperti Keropok lekor kuala terengganu,samosa,aiskrim kelapa..nampak sedap je...tp yg badnya...harganya mahal & makanan sikit dan ramai yg xpamerkan harga....erm...xsemua kedai tp kebanyakkan mcm tula...
3kali sis pergi MITC..hehe..tp asik beli benda yang sama je...so meh tgk ni...(mohon tahan air liur ea)
kuew tiew jumbo meatball sup
Pau Cendawan
Bbq Ayam & Daging
BBQ AYAM - RM 3.00
BBQ DAGING - RM 5.00
AYAM - RM 3.00
Sos dia sedap...asik beli yg ni je....huhuu..
Somtam & Kerabu
Roti Tisu (Biasa,Coklat)
Rm 10 kebwah rasanya utk sekeping
Pankek Seafood
Rm 8.00
Ada 3 Jenis penkek..dh lupa pulak..hehe
-Sekian-
Resepi Dakgalbi Halal
Resepi Dakgalbi yang sangat sedap dan yang penting mudah dan HALAL!!
Bahan - bahan ( 4 orang makan ) :
1 mangkuk hirisan daging ayam ( perap 30 minit dengan 1 sk garam
1 sb black pepper, 1 sb bawang putih cincang, 1 sk halia cincang )
1 mangkuk hirisan carrot, bawang besar, kentang dan daun bawang.
1 mangkuk air
Bahan Sos ( gaul rata dalam 1 mangkuk ) :
1 sb serbuk cili (Korea Cili klu ada lgi sedap, ada di beberapa pasaraya)
1 sb cili paste
1 sb serbuk kari
2 sb soya sauce
1 sk minyak bijan
1 sb bijan
1 sb cuka apple / pear
Rice Cake
Mee magie
Cheese (apa2 jenis tp nak sedap Mozarella)
1 sb cili paste
1 sb serbuk kari
2 sb soya sauce
1 sk minyak bijan
1 sb bijan
1 sb cuka apple / pear
Rice Cake
Mee magie
Cheese (apa2 jenis tp nak sedap Mozarella)
Cara - cara :
1. masukkan bahan sos yang siap digaul tadi dalam mangkuk perapan ayam. gaul rata, perap 30 minit lagi.
2. panaskan multi cooker, masukkan bahan perapan tadi dan 2 mangkuk air. tutupkan.
3. bila sudah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran. tutup sekejap hingga kuah pekat.
3. buka dan keringkan
4. Campak rice cake dan gaulkan
5. Letak cheese dan gaul lagi
6. Siap dan boleh makan!
1. masukkan bahan sos yang siap digaul tadi dalam mangkuk perapan ayam. gaul rata, perap 30 minit lagi.
2. panaskan multi cooker, masukkan bahan perapan tadi dan 2 mangkuk air. tutupkan.
3. bila sudah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran. tutup sekejap hingga kuah pekat.
3. buka dan keringkan
4. Campak rice cake dan gaulkan
5. Letak cheese dan gaul lagi
6. Siap dan boleh makan!
Klu nak sedap boleh buat rice cake sendiri, buat yg lembut2 je..
Bahannya:
Bahannya:
3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam..
1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil minyak bijan
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam..
1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil minyak bijan
Caranya:
1- Untuk kukus. korang dan boleh masak air dengan api sedikit tinggi jangan besar sangat udah lerr...
Apa2 pon korang tenggek pengukus tu dulu yek...
Apa2 pon korang tenggek pengukus tu dulu yek...
2- campurkan 3 cawan tepung beras 1 sudu kecik dan 1 1/2 cawan air. dan kacau perlahan2 sampai jadik mcm nie
3- then korang kukus tau tepung nie.
Tapi aku nak bg tau kalau pengukus ada 2 tingkat korang letak la kat atas sekali tau dan jangan lupa alas atas bawah
Tapi aku nak bg tau kalau pengukus ada 2 tingkat korang letak la kat atas sekali tau dan jangan lupa alas atas bawah
4- Kukus dalam 20 minit ke atas yek..
5- Dalam mangkuk lain, korang campurkan 1 1/2 air dan 1 sudu kecil minyak bijan..ok kalau kt umah x ada minyak bijan sebenarnya korang boleh jerr pakai minyak masak tu..tp bg aku pakai minyak bijan dia bagi cau dan rasa yang sgt sedap...
6- Selepas 20 minit kukus...korang dh lerr keluarkan doh korang tu...
doh nie sangat panas ok kalau rasa nk lecurkan jari jemari korang yang lembut tu silakan pegang...
Pakai sarung tangan dan lapiskan dengan plastik agar semasa uli doh panas..
doh nie sangat panas ok kalau rasa nk lecurkan jari jemari korang yang lembut tu silakan pegang...
Pakai sarung tangan dan lapiskan dengan plastik agar semasa uli doh panas..
Kalau yang ada Bread Maker boleh lerr korang bersenang lenang masukkan dalam bread maker setting la utk buat doh pizza selama 25 minit
tapi kalau x ada kena la korang uli dengan tangan kasik massel korang keluar ckit yek...
uli doh guna tangan kena tambah 1 1/2 cawan tepung beras dan 1 1/2 cawan tepung beras manis jangan guna 3 cawan tepung beras ok sebab nanti x dpt tekstur yang licin mcm pakai mesin sebab kena uli lama aku malas so jadi mcm nie (kalau pakai Bread maker x payah pakai tepung beras dn tepung beras manis yek.)
air dalam mangkuk yang dicampurkan dengan minyak bijan tu di pakai semasa korang nak bentukkan doh nie jadi memanjang..tujuannya agar doh tak melekat di tangan korang dan juga tak lerr dia melekat antara satu ngan yang lain...
Sebelum uli korang basahkan tangan korang ngan air dalam mangkuk tu jangan bebanyak sekadar calit sikit dan sapu di kedua telapak tangan korang dan uli..
pas tu boleh la korang potong 2inci yek...
Untuk rice cake sup atau lebih dikenali ngan nama Tteokguk Tteok. Korang uli panjang mcm atas tapi lebih tebal dari yg untuk buat dukbokki
then simpan dalam suhu bilik untuk satu malam. esoknya sebelum potong basahkan pisau korang dh potong menyerong.. Makan buat Dakgalbi sedap!